Bagaimana anda boleh menyertai kami

Hubungi (010 3347856) untuk menyumbangag  Hubungi kami

Misi kami

Pertubuhan terkehadapan yang memperkasakan dan mengupayakan Orang Kurang Upaya (OKU) bagi membentuk komuniti OKU yang berkemahiran dan mengupayakan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk menjadi OKU yang berdaya saing, kompetan dan berdikari sekaligus menjadi kelompok masyarakat yang mampu menyumbang kepada pembangunan negara,

Objektif kami

Kami berkomitmen untuk menyediakan perkhidmatan dan sumber maklumat yang dapat meningkatkan kualiti hidup OKU dan membantu mereka menghadapi cabaran-cabaran yang mungkin timbul. 

 mengembangkan program latihan dan pembangunan diri yang dapat meningkatkan kemahiran OKU, memberi mereka peluang untuk berkembang dan menyertai masyarakat dengan keyakinan.

Sokongan Anda

Sokongan anda terhadap kami amatlahlah dihargai, dengan sokongan semua pihak kami yakin dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk komuniti OKU dengan lebih berkesan. Tidak kira apa bentuk sokongan anda kami amat menghargainya, semoga dengan sokongan anda lebih ramai OKU akan dapat dilatih dan dibantu untuk mereka hidup berdikari pada masa akan datang.

Sejarah Penubuhan

Persatuan Hidup Berdikari untuk OKU Malaysia (PHBM) atau nama Inggerisnya ‘Association  Independent Living for Disabled Malaysia’ berdaftar dengan rasmi melalui Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (PPM-027-10-09032021) pada 9 Mac 2021. Persatuan Hidup Berdikari untuk OKU Malaysia ini dianggotai oleh organisasi daripada kepelbagaian kategori Orang Kurang Upaya (OKU).

Penggerak PHBM sebelum ini terlibat secara langsung dalam perlaksanaan Program Hidup Berdikari (ILC) yang dilaksanakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat semenjak tahun 2019.  Untuk memastikan keberkesanan dan kelancaran Program Hidup Berdikari (ILC) Persatuan Hidup Berdikari untuk OKU Malaysia (PHBM) ditubuhkan.

Semenjak ditubuhkan pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan untuk kesejahteraan golongan OKU. Kami juga memainkan peranan dalam membantu pihak kerajaan ketika negara dilanda wabak Covid-19 dengan kerjasama pelbagai agensi dan orang perseorangan kami menyampaikan barang-barang keperluan pada ketika itu . 

 

Anggaran OKU berdaftar

Mengikut Akta Orang Kurang Upaya 2008, “OKU termasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat, dianggarkan hanya 637,537 orang OKU sahaja yang berdaftar setakat Januari 2023. Jumlah ini masih kecil dibandingkan 33 juta rakyat Malaysia. 

Kategori OKU 

Tujuh  kategori utama ketidakupayaan yang diklasifikasikan oleh pihak kerajan,

  1.  Fizikal                 jumlah    219,218
  2. Pembelajaran                      235,731
  3. Penglihatan                           55,240
  4. Mental                                     52,412
  5. Pendengaran                          42,652
  6. Pelbagai                                   28,887
  7. Pertuturan                              3,397  

 

Latihan, Program dan Aktiviti 

Persatuan yakin dengan latihan dan program yang berterusan akan memberi  keyakinan diri kepada mereka. Inisiatif ini amat penting dalam memastikan OKU dapat menjalani kehidupan berdikari dan menikmati peluang yang sama seperti orang lain 

Lawatan ke rumah 

Lawatan kerumah OKU  bersama sukarelawan yang terlatih  demi memahami permasalahan keluarga serta OKU itu sendiri. Perkhidmatan ini ditambah nilai dengan perkhidmatan counseling oleh OKU 

 

Latihan tiga M

Menulis, mengira dan membaca adalah asas untuk seseorang itu dapat melalui kehidupan yang berkesan. Namun tidak semua OKU memmilikinya, kami cuba memberi latihan kepada mereka. Latihan ini selama tiga bulan, sekiranya tiada kemajuan mereka akan dilatih dalam bentuk kemahiran  pula.

 

Program sukan

Sukan adalah salah satu program yang dijalankan untuk mengeratkan hubungan sesama OKU. 

Latihan pembantu peribadi untuk oku (personal assistant)

Latihan pembantu peribadi untuk OKU. Setiap sukarelawan yang berminat membantu OKU akan diberi latihan dan setelah itu mereka akan pulang ketempat masing-masing untuk membantu OKU ditempat mereka. pihak persatuan akan menjadi penyelaras kepada perkhidmatan ini dibawah program Pusat Hidup Berdikari (ILC) .

 

Latihan keusahawanan

Perniagaan dalam bidang makanan dan minuman (F&B) boleh menjadi peluang keusahawanan yang hebat bagi individu Orang Kurang Upaya (OKU). 

Didalam latihan ini mereka diberi kepercayaan diri untuk menguruskan perniagaan mereka sendir.  Semoga dengan adanya latihan ini mereka boleh hidup berdikari dengan membuka perniagaan sendiri atau berkerja dalam bidang berkaitan. 

Program keusahawanan tani

Program usahawan tani untuk OKU  diharap dapat membantu mereka memahami aspek pengurusan perniagaan, termasuk perancangan tanaman, pemantauan pertumbuhan, dan strategi pemasaran produk pertanian mereka. 

Ingin menjadi sukarelawan kami?

Melalui sumbangan sukarela, anda turut membina satu masyarakat yang lebih mesra dan penyayang,  Sebagai sukarelawan, anda memiliki peluang untuk memberi impak positif kepada masyarakat sekitar.  

“Setiap tindakan kecil kita boleh menjadi sinar harapan bagi mereka yang memerlukan. Menjadi penyumbang dan sukarelawan untuk OKU adalah satu peluang untuk menyinari kehidupan mereka. Tidak perlu menunggu untuk menjadi kaya atau berjaya untuk membantu. Kejayaan sejati adalah ketika kita mampu membuat perubahan positif dalam kehidupan orang lain.”

Daftar Disini