Pembimbing Rakan Sebaya (Peer Counseling)
Kami menawarkan perkhidmatan kaunseling rakan sebaya yang membantu orang kurang upaya bukan sahaja untuk menerima ketidakupayaan mereka sendiri, tetapi juga membantu untuk memperjuangkan hak mereka sebagai warganegara yang hidup dalam masyarakat. Oleh itu, ia berfungsi untuk membantu orang kurang upaya memulihkan keyakinan diri mereka dan melatih mereka untuk berdikari.
Program dan Latihan Kemahiran Hidup Berdikari (Independent Living Skill Training)
Kami menyediakan kursus latihan untuk membantu orang kurang upaya memperoleh kemahiran yang akan membolehkan mereka hidup lebih berdikari; kursus termasuk menggunakan pelbagai sistem pengangkutan awam, mengurus kewangan peribadi, menangani tingkah laku intensif dan diskriminasi oleh orang awam dan banyak lagi perkara yang diajarkan.
Advokasi dan Memupuk Kesedaran (Advocacy and Awareness)
Hidup Berdikari bermula dengan pemahaman bahawa setiap individu, termasuk golongan OKU, mempunyai keupayaan unik yang perlu dihargai. Program advokasi ini bertujuan untuk memperkasa golongan OKU dengan menyediakan sumber daya dan sokongan yang diperlukan untuk mencapai matlamat dan impian masing-masing. Program ini juga memberi kesedaran kepada masyarakat.
Perkhidmatan Pembantu OKU (Personal Assistance For Disabled People)
Penjagaan jangka panjang untuk OKU di negara ini secara tradisinya telah disediakan melalui ahli keluarga. Kerajaan kita telah memberi tumpuan terutamanya kepada membiayai perkhidmatan penjagaan kesihatan profesional yang disediakan melalui rumah jagaan dan rumah orang tua atau pusat untuk orang kurang upaya. Alternatif kepada model penjagaan jangka panjang ini ialah melatih sukarelawan untuk membantu OKU tanpa perlu dihantar kemana-mana pusat jagaan. Kami sentiasa memerlukan ramai sukarelawan yang berminat menjadi pembantu kepada OKU.
Sokongan Komuniti (Community Support)
Memupuk kerjasama antara institusi dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan, dan sektor swasta untuk menyediakan sokongan yang komprehensif dan berkualiti. Program ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban golongan OKU, ini kerana Masyarakat yang prihatin adalah asas kepada kehidupan yang bermakna bagi golongan OKU, yang memerlukan sokongan menyeluruh untuk mencapai kebebasan dan kemandirian.
Latihan keusahawanan
Perniagaan dalam bidang makanan dan minuman (F&B) boleh menjadi peluang keusahawanan yang hebat bagi individu Orang Kurang Upaya (OKU). Didalam latihan ini mereka diberi kepercayaan diri untuk menguruskan perniagaan mereka sendiri. Semoga dengan adanya latihan ini mereka boleh hidup berdikari dengan membuka perniagaan sendiri atau berkerja dalam bidang berkaitan.
Program usahawan tani untuk OKU diharap dapat membantu mereka memahami aspek pengurusan perniagaan, termasuk perancangan tanaman, pemantauan pertumbuhan, dan strategi pemasaran produk pertanian mereka. Selain itu Menyediakan sokongan teknikal berterusan melalui pakar pertanian dan penasihat perniagaan, memastikan peserta sentiasa mendapat bimbingan yang diperlukan.