Kursus personal assistant
Kursus ini adalah kursus dimana masyarakat boleh membantu OKU dikawasan mereka, matlamat kursus ini bertujuan menggalakan golongan OKU untuk keluar bersama-sama masyarakat. Kursus ini juga memberi gambaran kepada peserta mengenai hak-hak mereka sebagai pembantu peribadi dan memberi nasihat berkaitan dengan isu-isu yang mungkin mereka hadapi dalam pekerjaan mereka.
Kem Lonjakan Potensi diri OKU
Bertujuan untuk memperkasa dan meningkatkan potensi individu kurang upaya dalam pelbagai domain kehidupan. Program ini menyediakan sokongan yang holistik, menjurus kepada pembinaan keupayaan fizikal, mental, emosi, dan sosial. Melalui aktiviti terarah dan penuh motivasi, peserta diajar untuk mengatasi cabaran dan halangan, serta memaksimumkan potensi yang ada.

Program sukan
Sukan adalah salah satu program yang dijalankan untuk mengeratkan hubungan sesama OKU. Pelaksanaan Program Sukan untuk OKU adalah penting dalam memberikan peluang yang adil dan inklusif kepada individu kurang upaya untuk menjalani gaya hidup aktif dan menyertai aktiviti sukan. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kecergasan fizikal, kesihatan mental, dan kualiti hidup para peserta.
Sesi kaunseling dijalankan oleh OKU kepada OKU, merupakan satu program yang sangat penting bagi membantu golongan Orang Kurang Upaya (OKU) dalam menghadapi cabaran kehidupan seharian. Program ini melibatkan individu OKU yang lebih berpengalaman atau terlatih sebagai kaunselor rakan sebaya bagi memberi sokongan emosi, bimbingan, dan motivasi kepada rakan mereka yang memerlukan
Latihan keusahawanan
Perniagaan dalam bidang makanan dan minuman (F&B) boleh menjadi peluang keusahawanan yang hebat bagi individu Orang Kurang Upaya (OKU).
Didalam latihan ini mereka diberi kepercayaan diri untuk menguruskan perniagaan mereka sendiri. Semoga dengan adanya latihan ini mereka boleh hidup berdikari dengan membuka perniagaan sendiri atau berkerja dalam bidang berkaitan.

Program keusahawanan tani
Keusahawanan tani merupakan salah satu bidang yang berpotensi untuk menjana pendapatan yang stabil, terutamanya bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Salah satu tanaman yang mudah diusahakan oleh OKU ialah cendawan tiram kerana ia tidak memerlukan kawasan yang luas dan boleh diusahakan dengan modal yang rendah. Oleh itu, program keusahawanan tani bagi OKU dalam bidang penanaman cendawan tiram adalah satu inisiatif yang sangat baik untuk membantu mereka berdikari dan meningkatkan taraf ekonomi mereka. Latihan ini bukan sahaja memberi ilmu dan kemahiran, tetapi juga membuka peluang kepada mereka untuk menjadi usahawan yang berjaya.
Latihan keusahawanan Memborong ke negari China
Kursus ini memberi peluang kepada OKU belajar cara-cara mendapatkan produk yang berkualiti dengan menginport barang dari negara tembok besar cina. Mereka juga diberi latihan memasarkan produk-produk yang telah dibawa masuk ke pelbagai medium pemasaran seperti fb tiktok ig dan lain-lain lagi

Bengkil pengurusan kewangan dan audit
Selain bengkil peserta juga menyertai sambutan ulang tahun UUM ke 40 dengan kerja sama Pusat Hidup Berdikari OKU UUM. Peserta juga berpeluang melawat ke negara jiran Thailand. Program ini juga memberi peluang pada peserta memiliki pasport buat kali pertama, terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah membantu sepanjang program ini berjalan dan terima kasih juga kepada Pusat Hidup Berdikari UUM.
