Sokongan anda amat diperlukan.

Dengan menyokong misi kami, anda turut serta dalam mencipta masyarakat yang lebih inklusif dan memberi peluang kepada setiap individu untuk berkembang. Kemurahan hati Anda tidak hanya membantu kami menjalankan program-program dan latihan-latihan  yang bermakna, tetapi anda adalah tulang belakang untuk Persatuan ini terus menyokong keperluan OKU serta menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan sedia ada, berusaha menjadikan OKU hidup berdikari dan usaha gerak kerja mempermosikan OKU ke dalam masyarakat.

“Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada perubahan yang positif ini dan membantu OKU untuk memiliki kehidupan yang lebih bermakna dan berdayausaha.”

Berikut ialah cara anda boleh membantu kami.

Sumbangan ikhlas 

Derma kewangan anda kepada Persatuan Hidup Berdikari Untuk OKU Malaysia (PHBM) akan memberi impak besar kepada kerja kami. Mari bersama-sama, satu komuniti, satu perubahan. Setiap ringgit yang anda dermakan adalah untuk membantu PHBM mencorak impian OKU yang menyertai program-program dan latihan-latihan kami.

Untuk derma melalui cek

Nama Akaun : Persatuan Hidup Berdikari Untuk OKU MALAYSIA

Bank : Affin Bank Berhad

Nombor Akaun : 106710014248

Proses pemantauan derma anda menjadi lebih mudah dengan langkah selanjutnya: hantarkan e-mel slip bank anda agar rekod sumbangan anda tersusun dengan baik

Email Kami : info@phbm.org

Tel, Nombor : 0173202221

Keperluan anda adalah keutamaan kami. Jangan ragu untuk menghubungi kami jika anda memerlukan bantuan atau maklumat tambahan

Sumbangan anda amat dihargai. scan qr code ini untuk terus  memberi derma anda
Sumbangan anda amat dihargai. scan qr code ini untuk terus  memberi derma anda

Sumbangan anda amat kami hargai.

Dengan sokongan anda lebih ramai golongan OKU dapat kami bantu dengan pelbagai latihan dan program yang dapat memberi peluang kepada mereka untuk hidup berdikari dan mempunyai pendapatan dengan latihan kerjaya kami.

 

Kami sedaya upaya mengharapkan sumbangan anda untuk kami terus bergerak bersama mereka yang memerlukan. Kini dengan hanya menggunakan QR kod yang disediakan anda sudah boleh menghulurkan sumbangan kepada kami.

Anda juga boleh menggunakan QR kod ini untuk membuat sumbangan 

Dengan sokongan anda lebih ramai golongan OKU dapat kami bantu dengan pelbagai latihan dan program yang dapat memberi peluang kepada mereka untuk hidup berdikari.

 

 

Sukarelawan

Berkhidmat sebagai sukarelawan di PHBM memberi anda peluang untuk belajar berinteraksi dengan individu kurang upaya dan meningkatkan kesedaran masyarakat. Kami sentiasa memerlukan sukarelawan untuk membantu dalam pelbagai projek, seperti mengumpul dana, mengiringi peserta kami dalam aktiviti luar, dan pelbagai acara lain. Jika anda mahir dalam seni, kemahiran komputer asas, muzik, sukan, atau bidang lain, kami juga mencari sukarelawan yang boleh mengajar peserta kami.

Bagi anda yang ingin memberi perkhidmatan sekarelawan untuk golongan OKU dikawasan kejiranan masing-masing, kami sedia untuk hadir ketempat anda dan memberi latihan kepada anda cara-cara bagaimana mengendalikan dan mengurus OKU dengan betul dan baik.

Sokongan Organisasi

Sokongan syarikat dan organisasi adalah tonggak kejayaan kami. Setiap bantuan anda, membantu kami terus berkembang dan memberi impak yang positif kepada OKU dan masyarakat. Anda boleh membantu kami dengan:

• Mengumpul dana untuk kami atau menganjurkan acara mengumpul dana untuk kami meneruskan kerja kami.

• Meningkatkan kesedaran dengan menjemput kami untuk berkongsi tentang persatuan ini dengan anda.

• Menganjurkan lawatan ke PHBM untuk mengetahui lebih lanjut tentang orang kurang upaya.

• Menyediakan kami kerja/projek yang boleh dilakukan di pusat kami. 

Dan pelbagai lagi kerjasama yang boleh kita lakukan bersama.

Dengan sokongan syarikat dan organisasi membolehkan kami membentuk rancangan jangka panjang yang lebih berkesan. Kami juga yakin syarikat dan organisasi juga dapat memperkukuh imej korporat sebagai entiti yang prihatin.

Sertai sukarelawan kami hari ini

Bersama-sama kita boleh buat lebih banyak. Sertai kami sebagai sukarelawan dan wujudkan komuniti yang lebih penyayang dan positif 

 

Sertai Kami

Get in Touch. Get Involved.

Anda boleh berhubung terus dengan kami atau dialu-alukan untuk datang ketempat kami melihat sendiri kerja-kerja kami. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah berhubung dengan kami 

Pusat hidup berdikari ILC@PLPP No, 1, Jln Sg, Merab, Bangi. 43000 Kajang. Selangor

Call Us: (0103347856

Kami amat berterima kasih kepada pihak pengurusan PLPP bangi kerana memberi kebenaran untuk kami beroperasi di tempat mereka